Saturday, December 1, 2018

ANTARA CADANGAN LAGU-LAGU YANG BERCANGGAH DENGAN ISLAM


Dewasa kini,filem-filem dan muzik-muzik menjadi tarikan pada anak-anak muda. Muzik-muzik pada zaman kini adakalanya menyebarkan dan diselit padanya unsur-unsur yang tidak baik dan mengajak kearah kemaksiatan. Hukum mendengar tidak dijelaskan dalam al-Quran. Oleh itu, ulamak telah menggunakan kaedah al-ashlu fi al-asyaa al ibahah (الأصل في الأشياء الإباحة) iaitu semua hukum adalah harus dan yakni selagi lagu tersebut tidak berlawanan dengan hukum islam atau syariat.

Para ulamak telah bersepakat bahawa semua bentuk nyanyian atau lagu yang mengandungi unsur-unsur yang tidak baik, melalaikan, mengandungi unsur yang merosakkan akidah, mengajak pendengar kepada keseronokan yang melampau atau mengajak pendengar kearah kemaksiatan hukumnya adalah HARAM. Malah lagu tersebut boleh membawa kepada merosakkan akidah seseorang. Bukan setakat haram akan tetapi boleh jatuh murtad jika pendengar terpengaruh dengan isi kandungan lirik lagu tersebut.

Imam al-Ghazali rahimahullah (W.505) mengategorikan nyanyian dan lirik yang diharamkan oleh Syarak sebagai nyanyian dan lirik yang merangsang syahwat dan membawa kepada maksiat seperti zina dan arak.

Lagu ini jelas menunjukkan ia tidak wajar didengari oleh orang Islam. Pendengar dinasihatkan agar berhati-hati dan tidak boleh mengambil mudah dengan lagu seperti ini.
Untuk mengetahui lebih memdalam boleh rujuk laman web rasmi Pejabat Mufti Wilayah. 
Sila klik↓↓↓↓ 
AL-KAFI #643 : HUKUM MENDENGAR LAGU BERLIRIK LUCAH



Ciri-ciri lagu yang dilarang dalam Islam


  1.  Lagu mengandungi unsur kekerasan
  2.  Mengandungi unsur menggugat akidah
  3.  Mengandungi unsur mengajak kemaksiatan
  4.  Mengandungi unsur memuja makhluk halus
  5.  Mengandungi unsur lucah dan mengghairahkan
  6.  Mengagungkan wanita melebihi mengagungkan Allah
  7.  Lagu yang mengandungi pemujaan terhadap kegelapan
  8.  Lagu yang mempunyai unsur-unsur kepercayaan iluminati
  9.  Lagu yang melalaikan yang boleh menyebabkan syirik kepada Allah
  10.  Lagu yang menghina agama Islam dan yang berunsurkan kristianisasi
  11.  Lagu yang mengandungi kata-kata yang membawa kepada penyelewengan  akidah dan akhlak yang tidak bermoral
  12.  Nyanyian yang sifatnya mencela, membawa kepada permusuhan/kebencian dan menghasut adalah dilarang, bahkan menjadi haram
  13. Lirik/tema yang meragui dan menghina Islam, memuja orang zalim dan fasiq, memuja ciri-ciri wanita di hadapan lelaki atau khalayak ramai dan sebagainya
  14. Mengandungi aksi keterlaluan dan tidak sepatutnya ditayangkan kepada umum



ANTARA CONTOH LAGU-LAGU YANG BERCANGGAH 
DARI ASPEK AKIDAH IALAH:

1. GOD IS A WOMAN BY ARIANNA GRANDE

You'll believe God is a woman
Lagu ini mengisahkan seorang perempuan yang mengaku dirinya tuhan dan 
mempunyai kuasa umtuk melakukan apa sahaja.

2. IT WILL RAIN BY BRUNO MARS
"there's no religion could save me"

Lrirk lagu yang menghina agama dan boleh merosakkan akidah kerana menyatakan 
bahawa dia yakin tidak ada agama yang mampu mneyelamatkaan dirinya meskipun 
beribadah dengan jangka masa yang lama.

3. MATAHARI BY AGNES MONICA

“Dengarkan matahariku suara tangisanku”
Lagu ini mengandungi unsur syirik yang menceritakan  seorang perempuan yang 
mengadu nasib dirinya kepada matahari.


4. ALLAH PEDULI – AGNES MONICA

“Tak akan pernah dibiarkanku bergumul sendiri sebab Allah Yesus ku mengerti”
Lirik lagu yang mengandungi unsur syirik yang mampu merosakkan akidah umat 
Islam kerana Allah yang dimaksudkan dalam lagu ini adalah Yesus.

5. 11 JANUARI BY GIGI

“Akulah penjagamu akulah pelindungmu….”
Lirik lagu yang mengandungi unsur syirik kerana mengaku dirinya penjaga serta 
pelindung kepada suatu makhluk yang lain.

6. UMBRELLA BY RIHANNA

“Under my umbrella ella ella…”
Lirik yang menghina Allah. Ella yang dimaksudkan di dalam lagu tersebut merujuk 
kepada Allah kerana lagu ini menceritakan bahwa di bawah payung itu kononnya 
manusia akan terselamat.

7. Gigi – 11 Januari

“Akulah Pendampingmu, Di setiap langkah-langkahmu “
Lagu ini mengandungi lirik yang bercanggah dri aspek akidah. Lirik Ini bertentangan 
dari sudut akidah krana menyifatkan manusia mempunyai kuasa yang besar untuk menjadi 
penjaga kepada manusia yang lain.

8. Agnes Monica- Allah Peduli

 “Tak akan pernah di biarkanya ku bergumul sendiri, Sbab Allah 
Yesus kumengerti”
Lagu ini bercanggah dari aspek akidah . Jelasnya berlaku penyelewengan dalam akidah 
apabila mengatakan jesus sebagai tuhan sepertimana yang dipercayai oleh orang kristian.

9. Asereje- Las Ketchup

Lagu ini bercanggah dari aspek akidah krana didalamnya mempunyai beberapa kata-kata 
yang aneh yang tidak ada di daftar kosa kata bahasa Spanyol, seperti kata “ragatanga”,
(sebuah upacara pemanggilan setan dari Eropah).

10. Hotel California- The Eagles -


Lagu ini bercanggah dari aspek akidah kerana terdapat perlakuan yang bersifat pemujaan 
kepada syaitan. banyak terdapat potongan-potongan metafora yang dapat dikaitkan dengan keberadaan sebuah gereja yang mati lalu diambil alih oleh para pemuja setan di California
pada tahun 1969, tepat seperti lirik “we haven’t had that spirit here since nineteen sixteen nine”
Jika diputar terbalik, dapat mendengar kata-kata "Yes, Satan organized his own religion."

11. Rihanna- Umbrella

Lagu ini bercanggah dri aspek akidah . Video klipnya diduga memasukkan unsur-unsur 
kepercayaan iluminati. Tanpa disedari,  ia telah menggugat akidah org Islam yg mendengarnya.

12.Take Me to Church-Hozier

Penggunaan kata Church atau gereja yang merupakan tempat ibadah org kristian. beberapa bahagian dalam lirik lagu Hozier ini mengandungi pemujaan terhadap wanita, seks dan dosa duniawi lainnya.

13.Alejandro- Lady Gaga 

Lagu ini mengandungi pemujaan terhadap kegelapan iaitu Alejandro dimana nama Alejandro disebut berkali-kali.

14.Final Scream -The Grim Reaper

Terdapat kata-kata "See you in hell" setelah kata "Goodnight Daddy". kata-kata ini membawa kepada penyelewengan akidah dan akhlak yg tidak bermoral kerana pendengar akn mndpt gmbran yg salah terhadap akidah Islam apabila mndengar lagu seperti ini.

15. Jaclyn viktor-Harapan bangsa

Jika diamati dgn mendalam, terdapat liriknya yang telah menghina umat Islam dgn lagu yang berunsurkan kristianity. Sebahagian lirik seperti “Setiap suku Setiap kaum Dan setiap bangsa,Kan menyembah di tahtah-Mu, Dan nyatakan bahwa Yesuslah Tuhanku.  lirik ini jelas menunjukkan ia tidak wajar didengari oleh org islam.

16. BTS (Beautiful Girl)

Lirik: “she’s my religion”
Lagu ini berunsurkan ketuhanan, seolah-olah memuja tuhan jesus dan seolah-olah memuja dan mengagung-agungkan seorang wanita sebagai satu agama atau satu keutamaan dalam kehidupannya. Sebaliknya, dalam agama islam, islam amat menjaga dan melindungi wanita dengan baik tetapi tidaklah sampai ke tahap pemujaan dan pengagungan kerana pengangungan itu hanya milik Allah SWT.

17. EXO (MAMA)

 “Die, kill, fight, shout, this is not war, help us Mama, mama, mama turn back, help us realize Mama, mama, mama, mama rolling back”
Lagu ini berunsurkan ketuhanan iaitu pemujaan kepada dajjal yang mana meminta pertolongan daripada dajjal (MAMA). Dalam muzik videonya terdapat banyak symbol-simbol yang berunsurkan pemujaan dajjal. Liriknya amat berbahaya didengari dan dipraktikkan dalam kehidupan kerana boleh membawa kepada perbuatan yang agresif seperti mati, bunuh, lawan, dan jerit.

18. Shinee (Lucifer)

“It can’t grow anymore…..Freely empty yourself and look at me…..I’ll fill you only, I’ll completely fill you only”
Lagu ini berunsurkan ketuhanan yang memuja kepada perbuatan setanisme. Tarian dalam muzik videonya yang memuja kepada perbuatan setanisme seperti tangan yang menujukkan angka nombor satu dan ditujukan jari tersebut keatas. Itu adalah simbol kepada kumpulan setanism.

19. G-Dragon (Crooked)

 “I start fight for no reason like a town gangster”
Lagu ini berunsurkan ketuhanan kerana terdapat banyak simbol keagamaan dan tanda salib 
dalam muzik videonya. Manakala yang berunsurkan keganasan adalah yang mana mengajar 
para pendengar untuk memberontak dan menunjukkan ketidak puasan hati apabila rasa kosong 
dan keseorangan dalam kehidupan.


20. Tanpa kekasihku-Agnes Monica

Biar semua tahu kematian tak mengakhiri cinta,
Apalah artinya hidup tanpa kekasihku,
Percuma ku ada di sini
Lirik lagu percintaan ini mengandungi unsur yang menganggap kekasihnya adalah segala-galanya

21.Without you-same same ft Audy

Tiada di dunia yang dapat buatku merasa
Yang kucuba katakan tak dapat hidup tanpamu
 
Lirik yang 'menuhankan cinta' dan membuatkan dia terlena akan tujuan hidupnya

22. Haruskah Ku Mati-Ada band


Haruskah ku mati keranamu
Terkubur dalam kesedihan sepanjang waktu
Haruskah ku relakan hidupku hanya demi cinta
Yang mungkin bisa membunuhku
Mengandungi unsur mengagungkan cinta manusia

23. Lirih-Ari Lasso

Engkaulah hidupku
Hidup dan matiku
Dalam lagu ini dapat dilihat bahawa seorang lelaki yang mencintai wanita melebihi segalanya
dan melebihi Allah

24. Hampa-Ari Lasso

Engkaulh satu-satunya
Yang bisa membuat jiwaku
Yang pernah mati
Menjadi berarti
 
Kata kata yang mengagungkan wanita

25. Tempat Yang Paling Indah-Tahta

Takkan mampu hidup tanpamu
Mngertilah... 
Lirik tersebut menunjukkan seseorang yang melebihkan rasa cintanya kepada makhluk berbanding kepada Allah

26.Merindukanmu- Minoru

Tanpamu kurasakan mati
Tak seperti saat kau disisi
 
Kata kata yang mengagungkan cinta manusia

27. I Swear-All 4 one

I'll be there for better or worse
Till death do us part
I'll love u with every beat of my heart
Mengandungi kata kata yang mensyirikkan 'bersumpah dengan bulan'

28. Gloomy Sunday - Billie Holiday
You'll have me suicidal, suicidal(kau akan mmbuatku bunuh diri, bunuh diri) 

29. Beautiful Girl - Sean Kingston

Death is no dream
For in death i'm caressing u
With the last breath of my soul
I'll be blessing u
Kata kata yang menggalakkn orang yang putus cinta untuk melakukan perbuatan 
membunuh diri. Menunjukkan hidup hanyalah untuk cinta semata-mata 

30. Katty Perry – Darkhorse

Lagu ini mengandungi unsur penghinaan agama

31. It Will Rain - Bruno Mars

Lagu ini ada unsur penghinaan agama

32. Maroon 5 - One More Night

Lagu ini ada unsur penghinaan agama

33. Akon - 'ARAB MONEY'

Lagu ini ada unsur penghinaan agama


34. Nicki Minaj - Itty Bitty Piggy

Lagu ini ada unsur penghinaan agama

35. Black Eyed Peas - Where Is The Love?

Lagu ini ada unsur penghinaan agama

36. Dajjal band - menghina Tuhan 

Lagu ini ada unsur penghinaan agama

37. LINGSIR WENGI

Lagu ini mengandungi unsur pemujaan hantu

38. MALAM SATU SURO

Lagu ini mengandungi unsur pemujaan hantu

39. NINA BOBO

Lagu ini mengandungi unsur pemujaan hantu

40. MANTRA JELANGKUNG

Lagu ini mengandungi unsur pemujaan hantu

41. MISTERI LAGU TAKDIR

Lagu ini mengandungi unsur pemujaan hantu


ANTARA LAGU-LAGU YANG MENGANDUNGI UNSUR KEMAKSIATAN IALAH:

1.  IF I WERE A BOY BY BEYONCE

Lirik lagu yang mengajak kearah LGBT
Lagu ini keseluruhannya menggambarkan  bahawa dia berharap untuk menjadi seorang lelaki kerana ingin menghargai perempuan

2. WISH YOU WERE HERE AVRIL LAVINGE

“Damn, damn, damn…..”
Lirik lagu yang mengandungi kata-kata cacian

3. CLOSER BY CHAINSMOKER

“So baby pull me closer in the backseat of your rover that I know you can’t afford…”
Lagu ini mengandungi unsur seksual

4. GLAD YOU CAME BY THE WANTED

“Hand you another drink”
“Drink it if you can”
Lirik lagu yang mengajak manusia untuk mencuba meminum arak.

5. Fetish – Selena Gomez feat. Gucci Mane

 “Got you hooked on my body / Take you over and under and twisted up like origami”
Lirik ini membawa maksud, seorang wanita menyedari bahawa lekukan tubuhnya boleh membuat seorang lelaki tergila-gilakannya. Ia mampu membawa pendengar terutama wanita untuk berpakaian menjolok mata sekaligus melanggar hukum syariat yang telah dinyatakan dalam al-Quran mahupun hadis Nabi.

6. Get You – Daniel Caesar feat. Kali Uchis

Lirik: “It’s only the two of us / everything I need between those thighs”
Suara penyanyi yang mendayu dan sleepy, seakan menggoda dan menghairahkan pendengar. Bukan sahaja suara penyanyi yang dibuat menggoda, liriknya yang terlalu romantik juga dapat membuat sesetengah pendengar naik syahwat. Ini juga akan membuatkan zina berleluasa dikalangan remaja atau orang yang belum kahwin.

7. Lost in Your Light – Dua Lipa feat. Miguel

Lirik: “Hold me and trust me / I’m gonna ride in your love all night”
Lirik lagu electropop ini menggambarkan hasrat ingin bercinta dengan penuh ghairahnya. Ditambah pula dengan suara Dua Lipa dan Miguel yang serak merdu, membuatkan lagu semakin menggoda nafsu syahwat pendengar. Ini amatlah bahaya untuk didengari khususnya kepada para remaja yang mudah terpengaruh.

8. Boys – Charli XCX

Lirik: “I need that bad boy to do me right now on a Friday / And I need that good one to wake me up on a Sunday”
Charli mengungkapkan bahawa kebanyakan wanita menginginkan lelaki yang mempunyai bentuk badan   menarik untuk menjadi peneman tidur mereka. Tontonlah sahaja video klipnya yang diwarnai oleh lelaki yang ‘superhot’. Lagu ini juga mampu membuat para pendengar yang tidak senonoh sekaligus melakukan perkara amelanggar perintah Allah.

9. Love Galore – SZA

Lirik: We do whatever we want/ Go whenever we want/ Love however we want
Lagu yang bittersweet ini mampu membuatkan pendengar ingin merasakan kenikmatan cinta tanpa nikah sekaligus melakukan penzinaan.

10. Wild Thoughts – DJ Khaled feat. Rihanna & Bryson Tiller

Lirik: “I don’t know if you could take it/ know you wanna see me nakey nakey naked”
Kebanyakan lirik lagu ini mendorong pendengar untuk melakukan perkara sumbang atau perzinaan. Sesekali, lirik-liriknya  mengajak pendengar untuk keluarkan sisi “nakal” bila bersama dengan si dia. Perkara ini amatlah tidak baik untuk didengari terutama kepada remaja bawah umur.

11. Hard to Love – Calvin Harris feat. Jessie Reyez

Lirik: “I’d rather be hard to love/ than easy to leave/ You should believe me/ I’ll make you need me”
Apa yang lebih mengghairahkan daripada cinta? Cinta tanpa isyarat. Itulah yang ingin Jessie Reyez sampaikan dalam lagu ini. Lagu ini boleh mendorong pendengar untuk bercinta sebelum kahwin dan melakukan perkara-perkara tidak senonoh yang semestinya salah dalam Islam.

12. Sexual Healing- Marvin Gaye

Lirik: I want sexual healing/ sexual healing,oh baby/ makes me feel so fine
Lagu ini cuba mengajak pendengar untuk melakukan hubungan intim antara lelaki dan perempuan. Lirik lagunya yang mengghairahkan dapat membuatkan pendengar terutama yang belum berkahwin terdorong untuk melakukan perkara yang dilarang Allah.

13. She’s like the wind – Patrick Swayze

Lirik: Feel her breath on my face/ Her body close to me
Lirik lagunya yang mengghairahkan mampu mendorong pendengar untuk melakukan perkara yang tidak senonoh. Ia lebih bahaya apabila pendengar melihat klip videonya yang pastinya tidak sesuai untuk tontonan umum. Klip video yang tidak senonoh itu semestinya bercanggah dengan hukum Islam kerana dilihat terlalu lucah.

14.  Disco – Tove Lo

Lirik: “I’m fully charged. Nipples are hard, ready to go”
Lagu ini biasanya dijadikan sebagai anthem ketika sedang berpesta dan mabuk dengan lain jantina. Lagu ini juga mendorong pendengar kepada drunk sex yang pastinya haram dalam syari’at Allah.


15. DJ Snake ft Ozuna, Salena Gomez, and Cardi B (Taki taki)

Lirik: “a nice little baby kiss…. She did not bring panties so the guy doesn’t have to work for it”
Lagu ini berunsurkan perbuatan seks yang melampaui batas yang amat berbahaya bagi remaja, kanak-kanak dan masyarakat apabila dipengaruhinya.

16.  Taeyang (Eyes, Nose, Lips)

Lirik: “your eyes, nose, lips, your touch that used to touch me, to the end of you”
Lagu ini berunsurkan perbuatan seks melalui percintaan antara lelaki dan perempuan yang tiada hubungan yang sah serta mengajar untuk membayangi perempuan.

17. Ed Sheeran (Shape Of You)

Lirik: “grab on my waist and put that body on me, come on now, follow my head”
Lagu ini  berunsurkan perbuatan seks, yang mana mengajarkan para pendengar tentang bagaimana melakukan seks. Liriknya sangat tidak elok untuk didengari dan diamalkan dalam kehidupan kerana iannya berunsurkan hubungan seks yang bukan dihalalkan dan disyariatkan dalam agama Islam. Hal ini kerana, dalam agama Islam amat menjaga hubungan  perbatasan pengaulan antara lelaki dan perempuan.

18. Justin Bieber (Despacito)

Lirik: “oh you, you are the magnet, and I’m the metal, I keep getting closer and building up the plan…..just thinking about it raises my heartbeat”
Lagu ini berunsurkan perbuatan seks, yang mana mengajarkan para pendengar tentang melakukan seks dengan lebih terperinci. Ini amat berbahaya didengari, kerana iannya akan mempengaruhi sikap remaja dan kanak-kanak yang akan menaikkan syahwat mereka kepada perbuatan yang negatif seperti melakukan seks pada peringkat awal umur serta melanggari syariat islam. 

19. Maroon 5 (Girls Like You)

Lirik: You spent the weekend getting even, ooh…… We spent the late nights making things right between us”
Lagu ini berunsurkan perbuatan seks, yang mana sudah menjadi kemestian seorang lelaki memerlukan seorang perempuan dan meluangkan masa bersamanya dalam keadaan tanpa mempunyai apa-apa ikatan yang sah serta menganggap perbuatan itu adalah yang terbaik. Hal ini amat berbahaya kepada para pendengar kerana mereka akan menganggap perbuatan itu adalah baik dan betul buat mereka.

20. Lady Gaga (Bad Manner)

Lirik: “I want your leather-studded kiss in the sand….. I want your love, and I want your revenge….I want your love, and all your lover’s revenge”
Lagu ini berunsurkan seks yang mana seorang perempuan itu mahukan seorang lelaki itu membalas dendam terhadapnya dengan melakukan seks. Musik videonya amat berbahaya untuk dilihat kerana terdapat pendedahan aurat yang melampau serta banyak mempengaruhi kepada perbuatan seks tersebut.

21. This Love - Maroon 5

' I tried my best to feed her appetite keep her coming every night, so hard to keep her satisfied '.
Dari bait-bait lagu ini, Adam Levine berusaha untuk memberikan ‘servis’ terbaik untuk pasangannya setiap malam, tetapi wanita tersebut sangat susah untuk dipuaskan. Klip video daripada lagu ini jelas menunjukkan unsur lucah dan hukum menonton blue film (video lucah) hukumnya HARAM, kerana kita melihat secara jelas bentuk tubuh orang lain bahkan melihat mereka sedang melakukan zina.

22. Genie In A Bottle - Christina Aguilera

' I'm a genie in a bottle, you gotta rub me to the right way '. 
Cuba anda fikirkan, lirik lagu yang anda nyanyikan di atas bermaksud menyuruh seseorang ‘meraba’ anda dengan cara yang betul. Penyanyi wanita berpakaian tidak senonoh dan lenggok suara yang menggoda yang dapat menaikkan syahwat pendengar dan ini jelas salah di sisi Islam.

23. 2 become 1 - Spice Girls

' Be a little bit wiser baby, put it on, put it on ' 
Dari sepotong lirik ini, ternyata Spice Girls mempromosikan seks yang selamat dalam liriknya dengan menyarankan pasangan untuk memakai kondom. Dari lirik lagu sudah jelas ianya berunsurkan perkataan lucah dan lirik lagu yang merangsang syahwat dan membawa kepada maksiat seperti zina.

24. Love Myself - Hailee Steinfeld

' I'm gonna put my body first, and love me so hard til it hurts '. 
Anda fikir lagu ini tentang mencintai diri sendiri? Bukan, ini lagu tentang masturbasi. Lagu ini seolah-olah menggalakkan perbuatan masturbasi. Pendengar akan mudah terikut-ikut dengan lagu ini terutamanya dari kalangan anak muda dan remaja dan akhirnya melakukan perbuatan yang jelas dilarang Islam.

25. White Houses - Vanessa Carlton

' My first time, hard to explain. Rush of blood and a little bit of pain '. 
Dalam lagu ini Vanessa menceritakan pengalaman dirinya kehilangan keperawanan dengan lagu yang indah ini.Pemakaian penyanyi, tarian dan lirik lagu yang tidak senonoh boleh menimbulkan syahwat dan sekali gus membuatkan para pendengar melakukan perkara yang salah di sisi Islam.

26. Wildest Dream - Taylor Swift

' I said no one has to know what we do, his hands are in my hair, his clothes are in my room '.
Jika pakaiannya ada di bilik, maknanya kekasihnya sedang tidak mengenakan baju dan sedang berbogel. Terang-terangan Taylor bercakap tentang seks dalam lagunya. Lirik lagu ini boleh merangsang syahwat dan membawa kepada perbuatan maksiat seperti zina yang berleluasa.

27. Barbie Girl – Aqua

' Kiss me here, touch me there, hanky panky '. 
Siapa sangka lagu yang menyebutkan sebuah produk mainan anak-anak ternyata adalah tentang seks. Touch me 'there?' Cosmo berani bertaruh bahwa Barbie membicarakan miss cheerful-nya. Klip video daripada lagu tersebut ada menunjukkan percampuran lelaki dan perempuan dan pemakaian yang tidak senonoh selain daripada liriknya yang lucah yang semestinya salah menurut Islam.

28. Side to Side - Ariana Grande ft Nicki Minaj

I've been here all night, I've been here all day, and boy got me walkin' side to side.
Jika Anda semalaman berhubungan seks tanpa istirahat, maka Anda pasti juga akan berjalan side to side seperti Ariana. Lirik lagu lucah dan klip video yang tidak senonoh antara lelaki dan perempuan yang jelasnya salah pada Islam.